ASAS Ziarah Kasih – 28-11-2021

Assalamualaikum sahabat-sahabat ASAS yang dikasihi.

28 November 2021
Sungai Besar Selangor

Wakil Biro Kebajikan & Agama
Asrul Sani ASAS 9600
Daniel Sharom ASAS 9600

Wakil Batch
Ahmad Husni Kamaruddin ASAS 8084

Alhamdulillah, Biro Kebajikan & Agama telah memulakan satu inisiatif yang dikenali sebagai ASAS Ziarah Kasih. Untuk siri pertama ini, kami mengunjungi saudara Haji Khairul Anwar Ariffin ASAS 8084. Saudara khairul, kini terbatas pergerakannya akibat serangan angin ahmar 3 tahun lepas. Buat masa ini sahabat kita dijaga oleh abangnya, Haji Ahmad Kamal Ariffin ASAS 7882.

Sebanyak RM3800 telah berjaya dikumpul, melalui open envelope dan juga sumbangan individu telah diserahkan kepada Khairul. Selain bantuan kewangan, sahabat-sahabat yang rata ratanya daripada batch 8084, datang memberi sokongan moral kepada Khairul atau lebih mesra disapa sebagai Wek.

Bila dah berkumpul, masing masing terasa kembali muda berbual bertanya khabar. Dalam hilai tawa dan gurau mesra, gugur juga air mata berkongsi kisah duka. Dengan kasih sayang, abang Kamal menjaga Wek adiknya dengan rapi. Sahabat memandu jauh dan bermotosikal dari selatan semata mata untuk bertemu sahabat yang bertahun tahun tidak berjumpa. Itulah antara kisah suka duka ASAS Ziarah Kasih pada kali ini.

Semoga program ini akan menjadi satu medium untuk mengekalkan hubungan mesra keluarga ASAS kita. Insha Allah

-Biro Kebajikan & Agama-


ASAS ZIARAH KASIH
01/2021
28 November 2021

ASAS melalui Biro Kebajikan & Agama memulakan inisiatif baru menziarah sahabat2 yang ditimpa musibah (sakit kronik/uzur & seumpamanya).

Untuk Siri 1/2021 dengan kerjasama Wakil Batch 8084, ASAS akan menziarahi seorang sahabat Tuan Haji Khairul Anwar Bin Ariffin ASAS 8084 yang sedang dalam proses pemulihan dari Major Stroke.

Beliau menetap di Sungai Besar dan dalam penjagaan abangnya
Ahmad Kamal Bin Ariffin ASAS 7882.

Sehubungan dengan itu bagi ahli ASAS yang ingin menyumbang bantuan secara khusus, sila hubungi penama berikut

AJK Biro Kebajikan & Agama
Asrul 9600: 0166969164

Wakil Batch
Husni 8084: 0192229123

Semoga usaha amal kita dikurniakan keberkatan serta diterima Allah. Aamiin.
Insya Allah.

Bagi pihak,
Biro Kebajikan & Agama

 

 

 

Kongsikan ke Social Media Anda !

1 thought on “ASAS Ziarah Kasih – 28-11-2021”

Leave a Reply to jkhairulanwar@gmail.com Cancel reply