ASAS Ziarah Kasih 26-06-2022

ASAS Ziarah Kasih 06/2022
26 Jun 2022

Wakil Batch : Muhammad Nazir Abdullah 8690
Wakil Biro Kebajikan : Asrul Sani 9600

Turut serta
1. GB Asas Sixtyseven 6770
2. Faidzal Ghazali 8690
3. Ahmad Husni Kamaruddin 8084
4. A Kadim A Majid 8387
5. Eddie Ahmad 8084

Alhamdullilah pada hari Ahad 26 May 2022 – Team ASAS/YAA melalui inisiatif Ziarah Kasih mengunjungi Azizi Chunk Adnan ASAS 8690, di kediamannya, Sunway Damansara.

Beliau merupakan seorang produser filem, pengarah drama dan penulis skrip yang hebat namun disebabkan serangan angin ahmar dan tempoh pemulihan yang agak panjang, punca pendapatan beliau terganggu.

ASAS menyampaikan buah tangan berupa manisan dan kek dari Cake Jalan Tiung (milik keluarga Datuk Lahuree Sudiran ASAS 6972) untuk saudara Azizi. Selain itu ASAS melalui Biro keusahawanan menyampaikan Mug rasmi ASAS sebagai tanda kenang kenangan.

Kehadiran kami sedikit sebanyak membawa keceriaan kepada beliau. Satu perkara yang dikongsi beliau adalah betapa besarnya hati beliau apabila keluarga besar ASAS masih lagi memberi sokongan kepada beliau semasa beliau dalam kesulitan. Sama samalah kita doakan beliau diberikan kesembuhan dan diberikan kekuatan menghadapi dugaan Allah.

-Biro Kebajikan & Agama-

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment