ASAS Ziarah Kasih 19 Februari 2022 03/2022

ASAS Ziarah Kasih 03/2022
19 Februari 2022

Wakil Batch : Ir. Ghazali Asas Sixtyseven 6770
Wakil Biro Kebajikan : Asrul Sani 9600
Wakil Yayasan Amal ASAS : Ahmad Husni Kamaruddin 8084

Destinasi seterusnya, kami menziarahi Prof. Baharuddin 6770. Beliau baru sahaja menjalani pembedahan bypass pada 2 minggu yang lepas. Kesan jahitan masih jelas namun itu tidak menghalang Prof Baharuddin menampakkan keceriannya apabila berjumpa Tuan Presiden.

Melabelkan persahabatan mereka sebagai “partner in crime” perbualan mereka berkisar kepada kisah kisah lama di rumah C. Walaupun pertemuan seketika, namun jelas sekali mengubat kerinduan sahabat lama.

Buat masa ini Prof. Baharuddin mengusahakan ladang gaharu di Kedah dengan keluasan 10 ekar. Dalam masa yang sama, Prof. juga mengusahakan kopi gaharu serta teh gaharu dalam bentuk sachet. Alhamdulillah kami pulang dengan buah tangan☺️

Semoga Prof. Baharuddin lekas sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan

-Biro Kebajikan & Agama-

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment