Perutusan Presiden

Assalamualaikum WBT dan salam hormat.

Bagi pihak Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS), saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi kami ini. Laman web ini ialah salah satu saluran utama Persatuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan aktiviti Persatuan kepada ahli dan juga orang ramai.

Alhamdullilah ASAS telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang ke 37 pada julung kalinya atas talian pada 31 Julai 2021. Saya teruja dengan ‘kehadiran’ yang begitu ramai melebihi 570 orang ahli. Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru dalam MAT juga mendapat sambutan sangat memberansangkan. Ramai bilangan ahli yang menawar diri sebagai calon Ahli Jawatankuasa. Semuanya ini adalah petanda baik untuk ASAS, di mana minat di kalangan ahli untuk berkhidmat untuk Persatuan makin meningkat tinggi. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja ASAS yang baru sahaja dilantik. Perlantikan anda semua adalah satu harapan daripada kesemua ahli agar dapat membantu menggerakkan Persatuan kita agar dapat memberi manfaat kepada semua ahli. Selaku Presiden, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dilantik atas kesudian dan semangat sukarela yang ditunjukkan untuk memajukan lagi Persatuan kita. Alhamdullilah sejak 2 bulan yang berlalu saya nampak ada beberapa suntikan idea baru yang  diketengahkan oleh barisan AJK.

Barisan Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh MAT dan yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa terdiri dari kalangan ahli dari lapisan umur 20an hingga 70an. Ini ialah hasrat saya untuk menjadikan ASAS inklusif untuk semua peringkat umur dan tidak mengira pangkat jawatan atau status. Penampilan anak muda dalam aktiviti akan lebih menyerlah lagi, In sya Allah dengan wujudnya ASAS Briged Muda.

Saya juga berhasrat untuk mengemblengkan tenaga ASAS memberi khidmat masyarakat dan juga melestarikan alam sekitar di samping memulihara ciptaan & anugerah Allah SWT. In sya Allah kita sama-sama melonjakkan penglibatan & khidmat bakti ASAS beyond membership and school boundaries.

Walau bagaimanapun aktiviti tradisi seperti kebajikan warga ASAS, silaturrahim dan semangat brotherhood, aktiviti sukan dan keagamaan, mewujud & memperkukuh jaringan kegiatan ekonomi di kalangan warga ASAS, serta bantuan & sokongan kepada alma mater tercinta kita akan terus dipergiat. Saya mengambil kesempatan menjemput lebih ramai bekas pelajar Sekolah Alam Shah yang masih belum mendaftar sebagai ahli untuk berbuat demikian. Dengan lebih ramai ahli yang berdaftar, Persatuan akan dapat memperkukuh hubungan silaturrahim dan jaringan strategik sesama ahli.

Sehubungan itu, saya mewakili barisan AJK juga ingin mengalu-alukan pelbagai bentuk kerjasama dan senergi antara ahli-ahli Persatuan dan juga bekas pelajar  untuk menggerakkan lebih banyak aktiviti dan program yang boleh memberi manfaat kepada semua bekas pelajar, keluarga mereka dan masyarakat. Kami yakin bahawa ramai di kalangan bekas pelajar  yang berada di pelbagai kedudukan dan posisi yang strategik untuk memberi sumbangan dengan cara masing-masing.

Tidak dilupakan juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada kesemua mantan Presiden dan AJK Kerja ASAS sesi terdahulu  yang telah membina landasan yang kukuh buat kami, dan terus memberikan kerjasama, bantuan, sokongan dan bimbingan kepada kami untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Sekian, terima kasih.

 

Ir. Ghazali Bujang

Presiden ASAS 2021-2023

1 Oktober 2021

Kongsikan ke Social Media Anda !