ASAS Ziarah Kasih – 12 Mac 2022

ASAS Ziarah Kasih 04/2022
12 Mac 2022

Wakil Batch : Ken Noorzlan8286
Wakil Biro Kebajikan : Asrul Sani 9600

Turut serta
1. GB Asas Sixtyseven 6770
2. Hj Salim 7174
3. Daniel Sharom9600
4. Baharudin Chu 7174
5. Eddie Ahmad 8084
6. Hj. Azlin 8286
7. Zafuan Yazoo Yahaya 8286
8. Helmee 8286
9. Muhammad 8286
10. Badrul Hisham 8286
11. Haizal Halil 9397

Kami tiba dalam 5 minit lebih awal ke rumah Zull Indra Zulkifly (Fly) 8286. Sambil menanti sahabat yang lain, Ken tiba tergesa gesa menyatakan bahawa Fly jatuh dari kerusi roda! Ziarah kasih yang mulanya dirancang untuk menghimpunkan kawan kawan untuk beramah mesra sambil mengimbau momen momen di Sekolah Alam Shah sudah berubah haluannya.

Apabila kami tiba di rumah Fly, dia sedang menanggung kesakitan yang amat sangat akibat tulang tulang di bahagian pinggulnya yang teralih. Untuk pengetahuan, Fly lumpuh sejak tahun 1991 akibat kemalangan jalan raya. Pihak ambulan juga tiba tidak lama kemudian dan pihak kami bersama sama membantu mengangkat saudara Fly ke ambulan. Beliau seterunya dikejarkan ke Hospital Selayang.

Walaupun tidak dapat menjalankan aktiviti Ziarah Kasih seperti dirancang, namun pihak ASAS sempat memberi sedikit buah tangan dari Twelve Slices Cafe tanda ingatan daripada warga ASAS secara umumnya. Semoga Brother Fly lekas sembuh dan dipermudahkan urusan

-Biro Kebajikan & Agama-

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment