GALERI SAS

Saya bagi pihak AJK ASAS ingin memberi maklum bahawa kami dalam peringkat awal menaiktaraf Galeri SAS.

Warga ASAS yg dihormati. Bagi memastikan kejayaan Projek Menaiktaraf GALERI SAS yg dijangka siap pada Julai 2020, sumbangan dana dari Individu atau Wakil setiap Batch amat kami hargai.

Infaq untuk Galeri SAS

  • Letak nama samaran jika anda tidak ingin dikenali.

Category:

Description

Infaq untuk Galeri SAS

Jumlah infaq secara atas talian = RM 500.00 / RM200,000.00

Nama / BatchBerapa Sumbangan Anda?Tarikh
9195RM 50.0024/02/2023
Nazrul 9599RM 50.0008/11/2022
Chip 0812RM 100.0023/06/2021
SHAMSOL HASNI BIN HASHIM/8387RM 300.0010/12/2020
Nama / BatchBerapa Sumbangan Anda?Tarikh

 

 

Kongsikan ke Social Media Anda !

Sedikit pengenalan…

Sebagai pengenalan Galeri SAS di wujudkan pada tahun 2003. Ianya ialah satu inisiatif ASAS & ianya dibiayai sepenuhnya oleh ASAS. Galeri SAS mempamirkan antara lain sejarah penubuhan, pencapaian akademik & ko korikulum & pencapaian alumni.

Galeri tersebut ialah satu kebanggan kita semua. Walaubagaimana pun ada beberapa ‘kelopongan’ dari pengisian jalan cerita & artefacts. Selain dari itu Galeri yang sudah berusia 16 tahun perlu juga di perbaharui dan naik taraf.

Sebahagian dari artefacts dalam Galeri SAS

ASAS telah menubuhkan satu pasokan petugas Galeri SAS bertujuan menaik taraf Galeri, dibawah bimbingan YBhg Dato Paiman (7071) Mantan Ketua Pengarah Muzium Negara.

Pasokan Petugas juga terdiri dari beberapa pakar penyelidek yang ketika ini dianggotai oleh,

1. Puan Zainap Mahmod 6869
2. Puan Halimah Hassan 6869
3. Yahaya Bakar 6770
4. Prof. Dr. Kamaruddin M Said 6871
5. Dr. Jasmi Ahmad 6871
6. Dr. Mat Khir Salbin 7374
7. Yusni Yusoff 9397

Kami perlu lagi beberapa sukarelawan penyelidek. Sila berhubung dengan saya sesiapa yang berminat.

Selain dari itu Pasokan Petugas perlu juga maklumat, bahan2 sejarah, artefacts dan sebagai nya untuk di abadikan dalam Galeri. Pengisian yang ketara kosong ialah dalam bidang ko korikulum saperti badan beruniform (contohnya pasokan pengakap, kadet, bulan sabit), persatuan & kegiatan sukan.

Pasokan Petugas mohon kerjasama alumni yang berkenaan untuk membantu kami mengumpulkan bahan2 dan artefacts berkenaan.

Saya harap seruan ini mendapat sambutan dari warga ASAS.

Sekian dan terimakaseh
GB 141119

 

Kongsikan ke Social Media Anda !