Yayasan Amal ASAS (YAA)

Berita Terkini Yayasan Amal ASAS (YAA)

https://www.asas.com.my/infaq-jumaat/

1. Bayar secara on line atau bank in terus kepada Akaun
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Maybank Islamic
5505 1011 1149

2. Whatsapp resit pembayaran melalui bank kepada 016-6611 478 (ASAS 98 Zain Nassri) untuk rekod dan pengeluaran resit dari Lembaga Zakat Selangor. Kami perlukan butiran peribadi iaitu;

1. Nama penuh
2. Nombor Kad Pengenalan
3. Alamat kediaman
4. Alamat emel dan nombor telefon

Jika syarikat, sila beri maklumat berikut;

1. Nama syarikat dengan nombor pendaftaran syarikat,
2. Alamat pejabat
3. Alamat emel
4. Nama pegawai untuk dihubungi

Pembayaran melalui cek juga diterima, atas nama Lembaga Zakat Selangor

Jom kita tunaikan kewajipan Rukun Islam melalui YAA.

Adakah YAA menguruskan pemberian zakat atau hanya bertugas sebagai Amil sahaja? Adakah YAA boleh menyalurkan zakat kepada golongan penerima zakat dalam warga asas sendiri?

YAA hanya ejen kutipan zakat (bukan amil) bagi pihak LZS.

YAA tidak di beri kuasa sebagai ejen agihan zakat,

KECUALI

jika YAA mendapat wakallah (mandat membuat agihan) dari pembayar zakat yang membayar zakat berjumlah lebih RM 50,000/setahun.

Sebagai informasi pembayar zakat yg melebihi dari RM 50,000 boleh mohon wakallah sebanyak 3/8 bahagian (37.5%) dari LZS, untuk agih sendiri.

Wakallah tersebut boleh di turun kuasa kepada YAA, di mana YAA akan mengagihkan zakat tersebut.

YAA baru2 ini di beri mandat wakallah oleh seorang pembayar zakat. YAA telah melaksanakan amanah tersebut.

Salah seorang penerima nya ialah seorang warga ASAS 6871 yg menetap di sebuah kampong di Sabak Bernam

ASAS & khusus nya YAA tidak mempunyai makluman (data) lengkap warga ASAS (jika ada) yang layak menerima zakat.

Kalau Wakil Batch mempunyai data boleh lah pm kepada:
– Capt Nasarudin (Ketua Biro Kebajikan ASAS)
Atau
– Zain Nassri (SU YAA)

Kongsikan ke Social Media Anda !