MEMBINA & MEMANFAATKAN SILATURRAHIM

Sahabat-sahabat ASAS yg di rahmati

MEMBINA & MEMANFAATKAN SILATURRAHIM.

SAS yang telah di tubohkan pada 1963, hingga kini tahun 2020 lebih dari 10 ribu graduan SAS berada dipasaran dan ada kelompok senior yang memasuki era persaraan. Dengan pendedahan di dalam dan di luar negara di berbagai bidang: pentadbiran, pengurusan, teknikal dan kebajikan, ia merupakan suatu aset yg sangat besar dimiliki oleh kumpulan ini jika dapat terus di manfaatkan dimasa depan.

Apakah kita masih “cream de la cream” atau akan terus hilang dalam masyarakat ramai begitu sahaja bila bersara nanti. Kita mungkin telah berjaya secara individu atau kelompok kecil kita. Tetapi secara organisasi ASAS atau kelompok 10 ribu insan yg hebat, di manakah kita berada. Kumpulan Rothschild Yahudi yg bermula 150 tahun dahulu dan terkini empire ” Jack Ma” Cina berkembang dgn drastik dalam 15 tahun lalu perlu di kaji penubohan awal nya. Di manakah kita sekarang dan akan kemanakah kumpulan kita dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang jika kita ingin membina peradaban ASAS yang gemilang?

Kumpulan bukan Islam telah meneliti kehebatan sistem wakaf islam di zaman Empayar Othmaniah dulu. Peninggalan ini di Universiti Al Azhar dan Universiti Madeenah adalah contoh yang baik untuk di pelajari semula. Ia di adaptasi oleh universiti Cambridge dan Harvard dan lain2 universiti tersohor di dunia, dan yg terdekat dengan kita adalah NU Singapore. Alumni mereka kembali untuk menyumbang ilmu dan membina ekonomi bersama2. Organisasi2 ini terus dan semakin hebat di persada dunia.

Sahabat-sahabatku yg di rahmati

Kita punya Al Quran sebagai petunjuk dan motivasi istemewa. Kita punya Rasulullah yang memberi contoh terbaik atau SOP yg terhebat dalam bermuamalat dan kehidupan harian Kita juga punya otai-otai yg hebat-hebat yg boleh membantu kita juga. Moga kita sama-sama fikirkan untuk mengembelingkan kehebatan sumber-sumber ini.

Untuk membina wakaf ilmu dan seterusnya wakaf ekonomi dalam kumpulan yang besar, ia satu perjalanan yang jauh. Kita harus melihat dulu hubungan persahabatan sesama kita sebagai alumni di tahap mana. Saf yang jarang biasanya akan di isi oleh mahkluk-mahkluk halus yang akan melalaikan kita.

Apakah cara silaturrahim yang di nyatakan oleh Rasullullah saperti di bawah adalah amalan kita selama ini. Jadilah Orang Yang Paling bermanfaat sesama kita…

‎عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ قَالَ فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا قَالَ خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ وَشَرُّكُمْ مَنْ لَا يُرْجَى خَيْرُهُ وَلَا يُؤْمَنُ شَرُّهُ

Daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW berdiri di hadapan orang orang yang sedang duduk lalu baginda bersabda: “Mahukah kalian aku beritahu orang yang paling baik di antara kalian dari orang yang paling buruk di antara kalian?” Abu Hurairah berkata: Para sahabat diam, baginda mengatakan demikian sampai tiga kali, kemudian salah seorang berkata: Ya, wahai Rasulullah, beritahukan kepada kami orang yang paling baik di antara kami dari orang yang paling buruk, baginda bersabda: “Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan orang yang paling buruk di antara kalian adalah orang yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya.” (HR Tirmizi No: 2189) Status: Hadis Sahih

Baharum Ismail
Sas 72/73

17 Nov 2019

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment