Sekolah di Kg Konggo…

Pakcik pernah tumpang belajar di sekolah ini.
Tak lama… 1976-1982 je.
Tapi pakcik antara yang benak sikit laa… ?

Pakcik sebenarnya nak temberang pasal Kg Konggo.

Tahun 1976, Kg Konggo masih Kg Konggo…
Tahun 1982, barulah Tun Hussein Onn rasmikan jadi Bandar Tun Razak.
Masa tu pakcik sama-sama dengan kawan-kawan Upper 6 nampak konvoi Tun Hussein Onn balik dari Bandar Tun Razak selepas rasmikannya… lalu depan Sekolah Teknik dengan Sekolah Sains Selangor… sekolah Si Sinaganaga Lan Benhussain dengan Kamarul Z Shaharudin.
Asalnya kami nak tunggu makwe SMS lalu tapi Polis pulak yang lalu.
Hampehhh…
Esoknya baru kami baca suratkhabar pasal Kg Konggo dah jadi Bandar Tun Razak
Itulah antara sebab band Alumni sekolah pakcik nama Konggo Boys. ?

Kg Konggo ni dulu tempat laluan rentas desa kami melintas ke Taman Midah atau Bolton Garden lkemudian lalu kebun getah dan Lady Templer Hospital sebelum balik ke kandang.
Entah siapalah Si Midah tu ya?
Yang seronoknya orang Kg Konggo duduk rumah ala kampung. Kami panggil Sting Garden atau setinggan.
Kalau nasib kami baik, waktu lalu tepi telaga, ada anak dara mandi berkemban.
Kalau nenek yang berkemban, kami lari sambil tunduk malu2 dengan penuh sopan… minta tumpang lalu.
Tapi dalam hati… nenek pun nenek lah…

Bas Toong Foong 101A hanya berhenti depan gerai roti canai Din Dohat deoan Sekolah Teknik je.
Itupun kena tambah harga tiket extra 10 sen.
Mahal bagi kami yang sengkek.
Lepas 1978 baru tukar nombor 123.

Kg Konggo tak keseorangan, ada lagi sebuah Sting Garden nama Kg Seri Medan di sebelahnya, tapi Konggo jugak lebih rock namanya.

Kalau musim bulan puasa, AJK surau pergi beli kuih moreh di situ lah.
Entahlah apa kuih dibeli, sebab sepanjang 7 tahun di situ pakcik terawih sekali je.
Itupun sebab warden paksa.
Ya lah… pakcik ni golongan ustaz juga lah.

Kadang-kadang, budak2 Kg Konggo datang hostel jual kuih atau sambal tumis 20 sen sebungkus.
Jarang pakcik beli.
Tapi kalau depa jual rokok batang, bolehlah juga beli. Lebih afdal membantu bumiputera berniaga.

Kalau di seberang sana Jalan Cheras ada Kg Semerah Padi di kaki Bukit Cheras.
Zaman latihan pengakap dulu, kami panjat bukit tu nak skodeng kapal terbang di Airport TUDM Sg Besi.
Bekal kami, buah tembikai yang dijual di tepi jalan… 15 sen sekilo.
Tak pasti kalau bukit tu masih wujud.

Sekarang hanya Bandar Tun Razak yang wujud.
Sangat masyhur dengan rumah teres yang tiada pintu belakang.
Arkitek mana lah yang reka tu kan?

Tapi kalau bazar Ramadhan Bdr Tun Razak… memang terbaik.
Lepas tu dah ada HUKM pulak.
Mungkin yang cadang buat di situ budak Matrikilasi UKM yang belajar di Alam Shah juga lah.
Sangat dekat dengan sekolah lama mereka agaknya.
Antara yang belajar di situ… Ketua Pengarah Kem Kesihatan sekarang laaa…
Batch pakcik pulak tu.
Maknanya pakcik masih muda belia lah kan?

Zaman show wayang gambar kat dewan sekolah, adalah juga geng Kg Konggo yang sempat menumpang tengok wayang free.
Tapi sebelum The End, depa belah laaa… sebab lampu dewan nyala pulak.

Sorry…
Jari pakcik cramp…

Lain kali…
Lain cerita pulak lah…

Nik Aman
ASAS7680

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment