Klik sini untuk tempah Meja MMMTA2026

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa – MMMTA2026

Assalamualaikum warga ASAS.

🌙 Ramadhan Al-Kareem diucapkan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa bagi tahun 1447H / 2026

Di kesempatan ini, mari kita sama-sama mengimbau kembali waktu menyambut Ramadhan sewaktu di
Sekolah Alam Shah.

Mengimbau kembali ke zaman kita duduk di bangku keras sambil menunggu ibu dan ayah jemput, padang tempat kita bersukan sebelum menunggu waktu berbuka, dan juga bilik asrama yang kita berkongsi pelbagai cerita suka dan duka bersama rakan-rakan.

Setelah 63 tahun penububan SAS, selaras dengan tema MMMTA2026 (63 tahun sejak ’63 — Chita Usaha Jaya.), SAS telah melahirkan ramai pemimpin. Kita yang dahulunya sama-sama budak sekolah, kini masing-masing sudah bergelar ayah, ibu, pemimpin, dan pejuang kehidupan.

Ada yang masih boleh kita jumpa dan peluk, ada juga yang kini hanya kita ratapi dalam gambar dan ada juga yang hanya kita mampu kirimkan al-Fatihah.

Andai kata perasaan rindu itu hadir dalam hati, tandanya Jiwa ASAS masih hidup lagi subur dalam diri.

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna buat kita semua warga ASAS. Selamanya, Kita Budak SAS.

Ikhlas daripada,
💛💙❤️Komiti MMMTA2026
Alam Shah~Segala2nya bermula disini

#63TahunBersejarah
#ChitaUsahaJaya
#BridgingTheGap
#ASAS1st
#MMMTA2026

Lagi Berita MMMTA2026

Leave a Comment