JEMPUTAN UNTUK PENCALONAN TOKOH ASAS SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN ASAS 2026
Assalamualaikum & salam sejahtera warga ASAS yang dihormati,
Peluang untuk mencalonkan Tokoh-Tokoh ASAS sempena MMMTA’26 kini kembali! Kami menjemput seluruh warga ASAS untuk menghargai dan meraikan individu yang telah berjasa dan memberikan impak yang besar kepada ASAS. Tiga kategori Tokoh adalah seperti berikut:
1. Tokoh Antarabangsa ASAS
2. Tokoh Nasional ASAS
3. Tokoh Muda ASAS
Tarikh tutup pencalonan:
pada atau sebelum 12.00 tengah malam, Selasa, 26 Januari 2026.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:
Amilin @ Tony – 0133322336
Mari kita sama-sama memberikan penghormatan kepada mereka yang telah mengharumkan nama Sekolah Sultan Alam Shah dan komuniti ASAS.
Terima kasih.
ASAS1st
Chita Usaha Jaya
JK Pencalonan Tokoh MMMTA 2026
