Cerita 23 Budak

Pada awal tahun 1964, 23 murid sekolah menengah aliran Melayu baru selesai menamatkan persekolahan menengah dengan melalui pepriksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu aliran bahasa Melayu,  mengambil secukup keperluannya enam mata pelajaran – Bahasa Melayu Kesusateraan Melayu, Ilmu Hisab Awalan, Sejarah, Pengetahuan, Agama Islam, dan Lukisan, dan Bahasa Kebangsaan untuk sayarat (keperluan yang pelik) pemberian Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, sama seperti mereka yang menduduki peperiksaan Federation of Malaya Certificate (FMC), yang harus menduduka mata pelajara Bahasa Kebangsaan. Jika tidak lulus Bahasa Kebangsaan tidak memperoleh sijil FMC, sekiranya lulus English akan memperolehi School Certificate (SC).

Entah bagaimana perkiraannya, rumusannya, pihak Kementerian Pelajaran merawak memilih 23 murid itu menawarkan kemasukan ke kelas Tingkatan Enam di Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Siapa yang tidak gembira. Mereka adalah anak kampung, anak penoreh getah, peswah, nelayan dan penjawat awam pangkat rendah, yang patuh mengikuti Sistem Pendidikan Kebangsaan, secara sedar atau tidak sedar. Gembira bukan kepalang, dunia ini kita yang punya, dapat masuk pra-universiti. Mereka terdiri daripada 21 murid lelaki dan 2 murid perempuan.

Apabila melapor diri di sekolah, 23 murid ini ditematkan dalam sebuah kelas istimewa, Kelas Tingkatan Eman Sains. Masya-Allah. Kami menggelabah, tidak tentu arah. Kisah indah menerima tawaran memasuki Tingkatan Enam Rendah, ternyata bukan suatu yang indah, untuk bermegah, tetapi kisah parah, membuat hati kami marah. Kami hanya melihat rakan-rakan kami, yang bernasib baik Tingkatan Enam Sastera; mereka belajar Bahasa Melayu, Kesusuteraan Melayau, Ekonomi dan Sejarah. Kami tidak ada tempat mengadu kenapa ditempat dalam kelas sains.

Kami merayu kepada Pengetua, guru-guru. Tidak ada pa yang boleh mereka lakukan, terpaksa mematuhi arahan Kementerian. Kami merayu dengan menkis surat kepada pihak Kementreian Pelajaran supaya menimbang semula mewujudkan  kelas Tingkatan Enam Sains.  Susulannya kami dikumpulkan untuk mendengar penerangan marah dengan berang pihak Kementraian bersikap menelanjang, dengan katadua awak balik kampung atau meneruskan belajar dalam Tingkatan Enam Sains.  Tentulah agak malu hendak balik kampung. Semua orang kampuhg sudah tahu anak masuk kelas Tingkatan Enam, pra-universiti. Tambahan pula tidak ramai anak Melayu dapat meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam, kecuali mereka belajar di sekolah-sekolah seperti Maktab Melayu dan yang lain, yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris.

Pasti pembaca hendak tahu kenapa kami mengelabah, menanggung nasib parah, akibat Menteri dan Kementerian yang tidak sabar, tergopoh-gapah, hendak mewujudkan kelas Tingaktan Enam Sains aliran Melayu. Sebenarnya rancangan untuk mewujudkan kelasa Tingakatan Enam Sain sudah sedia berjalan, yang mana ketika itu sudah ada kelas Tingkatan Emapt Sains di Sekolah Alam Shah. Tunggu sahajalah apabila mereka selesai dengan Sijil Pelejaran Malaysia akan meneruskan ke Tingkatan Enam Sains. Itulah logiknya. Tetapi entah macam mana serakahnya, tergopoh-gapah hendak dicepatkan satu tahun, tidak mahu menunggu mereka yang berada dalam Tingkatan Empat Sains.

Kenapa kami 23 murid yang bertuah ini sangat marah. Pembaca juga tentu marah. Kenapa?

Pelajaran sains kami hanya setakat Tingkatah Tiga, mengambil matapelajaran Rampaian Sains dan Ilmu Hisab. Kami tidak pernah masuk makmal. Kemudian apabila meneruskan persekolahan dalam Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima, kami belajar Matematik di samping matapelajaran sastera yang lain, seperti Bahasa Melayu, Kesusateraan Melayu, Sejarah, Pengetahuan Agama Islam dan Lukisan. Kami tidak belajar Sains sama sekali.

Nah, apabila mengetahui tawaran memasuki Tingkatan Enam, kami tidak menyangka di tempatkan dalam Tingaktan Enam Sains, suatu projek tergopoh-gapah Kementerian. Saya percaya pembaca akan termenung panjang. Itulah nasib kami yang malang. Bayangkan, tidak ada asas langusng, pengethuaa sains hanya setakat Tingkatan Tiga, tetapi belajar dalam kelas Tingkatan Enam Sains, kelas pra-univesiti sains. Memang tak masuk akal; boleh juga nak kata ini kerja dajal.

Setelah rayuan ditolah dengan berang oleh pihak Kementarian Pelajaran, 4 orang murid menarik diri. Seorang daripadanya menyambung pelajaran memasuki Maktab Perguruan Bahasa.  19 orang murid meneruskan pengajian dalam Tingkatan Enam,  sama ada rela atau tidak rela tidak ada pilihan.

Kementerian Pelajaran memang bijak. Oleh kerana kami tidak ada asas sains, maka dalam tahun 1964 itu, kami belajar sains, biologi, kimia, fizik dan matematik untuk mengmabil mata pelajaran Matematik Tambahan,  Rampaian Sains dan Sains Tambahan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, bersama-sma dengan rakan sekolah yang berada dalam Tingkatan Lima Sains.

Tahun 1965 dan 1966, baharulah kami, 19 murid itu menduduki Tingkatan Eman Sains, sebenarnya. Kami mendapat guru yang terbaik dalam masing-masing bidang: Cikgu Ariffin Suhaiman( Biologi), Cikgu Ali Ibrahim (Fizik), Cikgu Damis (Matematik), dan Cikgu Omar Ibrahim (Kimia).

Meskipun, sudah wujud Tingkatan Enam Sains, peperiksaan untuk Sijil Tinggi Persekolahan dalam pengantar Bahasa Melayu belum wujud. Apa yang ada dalam sistem pendidikan negara ketika itu ialah Higher School Certficate (HSC). Ketika itu, kami tidak tahu menahu mengenai rancangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Apa yang berlaku? Kami harus bersedia untuk peperiksaan HSC. Kami belajar dalam Bahasa Melayu untuk peperiksaan HSC dalam Bahasa Inggeris. Wah kacau! Tetapi pihak Kementarian bijak berfikir untuk kami. Apa dia?

Sijil HSC itu untuk keluar negara. Kononnya tak mungkin boleh tanggung semua murid kalau lulus akan dihantar ke luar negara.  Kementerian berpakat dengan universiti tunggal yang ada ketika itu, Universiti Malaya, untuk mewujudkan peperiksaan khas – Special Entrance Examination, dalam Bahasa Inggeris. Sesiapa yang memperoleh keputusan minimum Satu Prinsipal dua Subsidiari, layak masuk Universiti Malaya. Daripada 19 murid itu, 2 melanjutkan pelajaran di Australia, termasuk Shahrir Mohd Zain, yang memperoleh 3 Prinsipal dalam HSC (kini Prof Emeritus), yang pulang pada tahun 1973, sebagai anak Melayu yang pertama mempeloleh ijazah PhD dalam bidang Matematik. Lapan orang menerima tawaran belajar di Universiti Malaya. Selebihnya meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Pulau Pinang, yang melatih guru sains.

Daripada lapan yang belajar di UM, hanya empat yang dapat menyelesaikan ijazah pertamanya – Rawi Che Muda (Kimia) mantan guru cemerlang sekolah menengah, Mustafa Majid (Matematik) mantan professor UTM; Yusuf Abdullah (Matematik) mantan profesor UPM, Yunus Jaafar (Matematik), mantan ahli statistik MARDI. Sementara 4 orang yang gagal, berpeluang kemudiannya melanjutkan pelajaran: Atan Aman (kini Datuk Ir.) melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di United Kingdom, mantan AKP; Ahmad Boestamam di United Kngdom (Statistik) mantan ahli statistik, Jabatan Perangkaan; Nawi Che Yusuf di Universiti Pertanian Malaysia, mantan Pegawai Pertanian FELDA; dan Mohamed Salleh Said di Indonesia (Entomologi), mantan profesor UKM.

Coretan ini hanya merakamkan sekelumit sejarah. Apabila dingatkan kembali ada hikmahnya. Saya tidak akan bercakap kalau-kalau mengenai kisah lampau. Tetapi saya beoleh berkalu untuk masa kini, hari ini untuk masa hadapan. Saya juga tidak akan bersetuju kalau anak saya atau cucu saya, yang tidak mempeunyai pengetahuan asas dalam bidang sains di sekolah menengah, menyambung pelajaran dalam Tingkatan Enam atau Matrikulasi dalam bidang Sains. Saya percaya pembaca juga bersetuju dengan saya. Tetapi itulah kisah kami, budak-budak Melayu, aliran Melayu, yang telah menempuh ranjau-ranjau di sepanjang jalan dalam kegigihan untuk menobatkan bahasa Melayau sebagai bahasa ilmu.

Kongsikan ke Social Media Anda !

1 thought on “Cerita 23 Budak”

Leave a Comment