Assalamualaikum.
Salam Alam Shah (SAS)
✨ Kenali Batch 8589 ✨
[Meja 003]
Batch ASAS 8589, yang dikenali sebagai TRR, merupakan antara batch yang paling mesra dalam komuniti ASAS. TRR sentiasa disenangi oleh batch lain kerana sifat mereka yang mudah didekati, ringan tulang dan kuat semangat kekeluargaan.
Komitmen TRR terhadap ASAS memang tidak boleh disangkal — mereka sentiasa hadir dalam aktiviti ASAS, sama ada perhimpunan kecil, program rasmi mahupun acara besar tahunan. Keakraban mereka dengan komuniti ASAS juga terserlah melalui hubungan rapat dengan para guru lama, antaranya Cikgu Che Noh, Cikgu Sabehah, Cikgu Chelvi, Cikgu Amran, Cikgu Chua, Cikgu Raihan, Cikgu Norlia dan ramai lagi yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka di ASAS.
Antara figura penting dalam TRR ialah:
– Hj Pecal – Abang89ers yg tak pernah miss event ASAS, ada je dia muncul..
•Hj Willie – ikon Abang Hardcore Liverpool supporter dan abang mesra junior yang sentiasa disenangi ramai.
•Hj Fauzee – ikon Abang Hardcore Spurs supporter serta penggiat bola grassroot Johor yang aktif menyumbang kepada pembangunan sukan.
•Hj Faizi – ikon khidmat masyarakat dan juga diehard Liverpool supporter yang tidak pernah jemu berbakti.
Sikap hormat kepada guru, keakraban sesama batch dan sifat merendah diri menjadikan TRR salah satu batch yang paling dihargai dalam keluarga besar ASAS.
Syabas TRR! Jumpa anda di MMMTA 26 nanti.

















