Selamat Ulang Tahun yang ke-60 SAS

Selamat Ulang Tahun yang ke-60

Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya

Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang serta melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Tanggal 7 februari 1963, Sekolah Alam Shah (SAS) mula membuka pintunya kepada 239 pelajar sulungnya yang terdiri daripada 35 orang pelajar (lapan pelajar puteri) tingkatan enam rendah dan 204 orang pelajar tingkatan empat. Seterusnya, diikuti dengan kemasukan 238 pelajar tingkatan lima, menjadikan jumlah pelajar tahun 1963 adalah seramai 477 orang yang ketika di sekolah rendah belajar menggunakan papan batu dan kalam tetapi masih cemerlang.

Pada 26 April 2003, SAS telah berpindah ke premis baharu seluas 24 hektar di Putrajaya. Perpindahan ke Pusat Pentadbiran Persekutuan itu dilihat sejajar dengan kedudukannya sebagai Sekolah Bestari. DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, telah memperkenankan nama SAS diubah kepada nama baharu dengan menggunakan nama nenda baginda, Sultan Hisamuddin Alam Shah. Dengan itu, nama Sekolah Alam Shah (SAS) sekarang dikenali sebagai Sekolah Sultan Alam Shah.

Kegemilangan SAS tidak pernah berhenti. Sejarahnya berulang lagi apabila pada 30 Mac 2007, SAS dipilih sebagai Sekolah Kluster Cemerlang, diumumkan oleh YB Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Pada 25 Januari 2010, SAS ditauliahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Kementerian Pelajaran dan diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

#SAS #iamasas #cuj #brotherhood #bridgingthegap #ulangtahun60

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment