Projek Infaq Ramadan – Terima kasih

Assalamualaikum semua,
Syukur Alhamdullilah Jumlah Sumbangan InfaqRamadan YAA ialah
RM 156,406.68
Saya bagi pihak Pemegang Amanah, Pengurusan & Ahli YAA mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang (Badan Korporat, Warga ASAS (individu atau ikut batch), ahli keluarga, sahabat & jiran warga ASAS. Sesungguhnya anda semua memang prihatin dengan nasib pekerja sektor pembersihan.
Alhamdullilah YAA telah menunaikan amanah yang diberi, membuat agihan barangan makanan, duit raya & di beberapa lokasi iftar bersama dengan tetamu2 kita.
Terima kasih kepada semua petugas sukarelawan di semua lokasi di Semenanjung Malaysia.
Saya berasa bangga sebagai seorang alumnus SAS bersama anda semua.
GB
Presiden ASAS
Pengerusi EXO YAA
2 Mei 2022/1 Syawal 1443H

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment