Program ASAS BizzRonda – 25-11-2021

Program ASAS BizzRonda – 25/11/2021

ASAS BizzRonda berkunjung ke OCAM Artisan Masjid Jamek untuk mengenali pemilik & mempromosi perniagaan beliau. ASAS BizzRonda diwakili oleh Eddie Ahmad 8084 (AJK ASAS & Ketua Biro Keusahawanan), Ahmad Husni 8084 & disertai En.Nasrul Zaki Mohd Yunus 8084, Pengarah Undang – Undang & Pendakwaan DBKL mengambil peluang untuk menyerah & melekatkan sticker ASAS Niaga.

OCAM Artisan Masjid Jamek adalah kiosk kopi milik sahabat kita Muhamad Norfazli, ASAS 0509. Berkonsepkan Coffee on the Go, OCAM Artisan menggunakan biji kopi terbaik dan berkualiti bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap cawan kopi yang dinikmati.

Kedatangan anda akan disambut dengan aroma kopi yang memukau. Susu berbuih di atas cawan yang seimbang dengan kopi yang lazat menjadikan setiap hirupan sangat memuaskan. OCAM Artisan amat mementingkan kualiti & kesegaran hidangan.

Jika anda bertugas di sekitar Masjid Jamek, atau melalui kawasan ini, jom singgah sebentar sambil menikmati kopi segar. Lokasi strategik, terletak di Exit B, Stesen LRT Masjid Jamek berdepan dengan Burger King, Wisma Lee Rubber. Just follow the smell of freshly brewed coffee gais..

Ada sesuatu layanan eksklusif dari OCAM Artisan untuk warga ASAS …tunggu!!!

(ASAS BizzRonda, satu inisiatif Biro Keusahawanan untuk mempromosi perniagaan milik warga ASAS kepada keseluruhan warga ASAS)

https://www.asas.com.my/asas-niaga/listing/ocam-artisan-masjid-jamek/

Lokasi:

Lot S3, Masjid Jamek Station, Kelana Jaya Line Jalan Melaka, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur 50100, Malaysia

Waktu Perniagaan:
7am – 5pm (kecuali hari Sabtu & Ahad)

Daftar Direktori ASAS Niaga (percuma sehingga 31/12/21)
https://www.asas.com.my/asas-niaga/

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment