Laporan Projek Infaq Ramadhan 2024

1.0 PENGENALAN & OBJEKTIF

Yayasan Amal ASAS (YAA) sentiasa prihatin dengan kebajikan warga kerja bergaji rendah dalam sektor pembersihan sisa pepejal dan pembersihan kawasan awam. Gaji pemulaan pekerja dengan syarikat konsesi pembersihan ialah RM 1500/bulan. Ada seorang pekerja syarikat pembersihan di Kuala Lumpur mendapat gaji bulanan kurang dari RM 2100, setelah bekerja selama 34 tahun dan akan bersara pada tahun 2024. Fikirkan lah tahap kehidupan di bandaraya/bandar besar dengan pendapatan sedemikian.
Mereka adalah kumpulan pekerja yang melaksanakan salah satu khidmat penting untuk masyarakat. Malang nya kebajikan mereka kurang di beri perhatian. Alhamdullilah untuk tahun ketiga berturut – turut YAA di beri peluang untuk bertemu dengan segelintir pekerja dalam sektor berkenaan, melalui program Santunan Ramadhan Bersama Pekerja Sektor Pembersihan.

Ada beberapa objektif YAA berterusan melaksanakan Program;
• Memberi penghargaan secara zahir kepada pekerja sektor pembersihan,
• Memberi peluang kepada badan korporat dan individu berinfaq dengan secara tidak langsung memberi penghargaan kepada pekerja sektor pembersihan,
• Melalui penglibatan warga ASAS melaksanakan program, secara langsungnya mengeratkan sillaturrahim dikalangan alumni Sekolah Alam Shah.

2.0 LOKASI & PENGLIBATAN WARGA ASAS

YAA berhasrat melaksanakan program pada satu lokasi di setiap negeri Semenanjung Malaysia. Walau bagaimana pun, program di negeri Selangor tidak dapat diadakan oleh kerana persetujuan dari syarikat konsesi pembersihan di Selangor lewat di terima. Keselurohan nya program diadakan pada 14 lokasi, disetiap negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, kecuali Selangor.

Program dilaksanakan oleh YAA dengan kerjasama erat warga ASAS/Chapter Negeri disetiap lokasi. Berikut ialah jadual lokasi, butiran bantuan & perbelanjaan, bilangan pekerja yang diraikan. Nama warga ASAS (Ketua), yang melaksanakan program ada juga dicatat dalam jadual tersebut.

3.0 PENJANAAN DANA

Kos pelaksanaan program Santunan Ramadhan 1445H di tampung melalui dana Tabung InfaqRamadhan 1445H yang di buka dengan bermulanya bulan Ramadhan. YAA juga memohon dana dari Badan Korporat dan Badan Bukan Kerajaan. Alhamdullilah sambutan dari individu dan Badan Korporat adalah sangat menggalakkan. Penginfaq individu terdiri dari warga ASAS dan juga dari masyarakat umum (keluarga, sahabat, rakan kerja, ahli qariah masjid & seumpamanya). Badan Korporat juga turut memberi infaq dengan jumlah yang besar, berikut ialah senarai penginfaq dari Badan Korporat/NGO;
• EKUINAS
• UDA HOLDINGS BERHAD
• GHAZALI & ASSOCIATES SDN BHD
• MUSLIM CARE MALAYSIA
• MALAKOFF CORPORATION BHD
• EDARAN BERHAD
• TENAGA NASIONAL BHD
• TECHNOFIT SDN BHD

Selain dari infaq, ada juga beberapa badan, ASAS Chapter Negeri atau individu yang sama-sama menangung sebahagian dari kos pelaksanaan program di tempat masing-masing, saperti di senaraikan;
• ASAS 8185 – Putrajaya
• Bazli Endut 8084 – Kemaman
• ASAS Chapter Pahang – Kuantan
• ASAS Chapter Negeri Sembilan – Seremban
• Majlis Bandaraya Seremban – keselurohan kos jamuan di Seremban
• YB Tuan Adly Zahari, Ahli Parlimen Alor Gajah merangkap Timbalan Menteri Pertahanan – 50% kos jamuan di Alor Gajah

YAA ingin memberi penekanan bahawa hampir 100% (98.4%) dari keselurohan kos diguna dan sampai kepada penerima dalam bentuk barangan makanan kering, duit raya dan jamuan iftar. Jamuan iftar turut di sertai oleh petugas sukarelawan YAA, para jemputan dari Majlis Bandaraya/Syarikat Konsesi berkenaan. Dalam situasi dimana bilangan tetamu jemputan yang ramai, contoh di Seremban, Majlis Bandaraya Seremban sendiri yang tampung keselurohan kos jamuan iftar. Petugas/sukarelawan YAA semuanya memberi khidmat secara sukarela tanpa imbuhan.

Kos sampingan yang ditanggung oleh YAA ialah untuk sewa kelengkapan logistic di Putrajaya (khemah, kerusi/meja & kipas saiz besar), tempah & beli bag isi barangan makanan (woven bags) serta sampul duit raya.

4.0 IMPAK & PEMERHATIAN

Keberkesanan (impak) Program Santunan Ramadhan boleh di perhati mengikut pelbagai stake holder dan di huraikan saperti berikut;

4.1 Warga Kerja – Penerima
Jumlah sumbangan yang diterima bernilai RM 80 (duit raya & barangan makanan ruji) mungkin dipandang rendah, berkemungkinan boleh membantu sara hidup untuk satu atau dua hari sahaja. Walau bagaimana pun penghargaan yang dizahirkan oleh penerima, rasa teruja mereka kerana ada badan NGO saperti YAA peduli dengan kebajikan mereka. Jamuan yang dihidangkan untuk mereka pun kira istimewa juga. Ada seorang Pakchik di Putrajaya bertanya & minta izin untuk bawa makanan lebihan untuk isterinya di rumah. Rasa hiba bila Pakchik itu bercakap yang dianya dapat makan istimewa, tetapi sedih memikir fasal apa makanan untuk isteri nya.

4.2 Syarikat Konsesi/Majlis Perbandaran – Majikan
Rata-rata syarikat konsesi/Majlis Perbandaran sebagai majikan memberi setinggi penghargaan dengan inisiatif YAA menyantuni pekerja bergaji rendah dalam perkhidmatan pembersihan. Sebagai contoh; Majlis Perbandaran Kemaman memberi surat penghargaan kepada YAA. Datuk Bandar Seremban yang turut hadir ke Majlis Santunan Ramadhan di Seremban dalam ucapan nya merakam setinggi tahniah kepada YAA yang peduli dengan kebajikan pekerja bergaji rendah.

YB Tuan Adly Zahari Timbalan Menteri Pertahanan, dalam kapasiti nya sebagai Ahli Parlimen Alor Gajah (program Melaka diadakan dalam kawasan parlimen beliau), memuji inisiatif YAA. Beliau tidak maklum NGO lain yang ada membuat program seumpamanya.

4.3 Badan Korporat – Penginfaq
Penginfaq dari badan korporat secara amnya memang mendokong inisiatif YAA ini. Ada satu badan korporat yang sudah kali ketiga bersama YAA dalam program serupa, berhasrat untuk menambah lokasi tajaan pada tahun hadapan, In sya Allah. Sama juga ada satu NGO berhasrat untuk menambah lokasi tajaan pada tahun akan datang.

4.4 Penginfaq Individu
Kita maklum bahawa penginfaq mempunyai banyak & pelbagai pilehan berkongsi rezeki terutamanya dalam bulan Ramadhan. Ramai individu dari warga ASAS yang terus istiqamah menginfaq melalui YAA. Majoritinya menginfaq berulang mingguan dan ada yang harian. Bilangan penginfaq dari bukan warga ASAS pun telah bertambah.

4.5 Pemerhatian
4.5.1 Lonjakan Profile & Visibilty YAA
Program Santunan Ramadhan bersama Pekerja Sektor Pembersihan anjuran YAA beransur-ansur mendapat perhatian dari Majlis Perbandaran/Bandaraya. Kehadiran Datuk Bandar Seremban bersama beberapa Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Seremban, pegawai tertinggi pangkat Pengarah dari Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Perbandaran Kemaman adalah testimoni jelas yang profile serta visibility YAA makin melonjak. Kehadiran seorang Timbalan Menteri juga meningkatkan lagi imej YAA.

4.5.2 Ikatan Sillaturrahim & Semangat Sukarelawan
Anjuran Program Santunan Ramadhan memberi satu peluang untuk warga ASAS di setiap lokasi mengeratkan sillaturrahim dan membuat kerja amal secara sukarela. Objektif ini terbukti tercapai; contohnya program di Seremban, Kuantan dan Kemaman berjaya mengumpulkan ramai warga ASAS. Setiap lokasi ada beberapa individu penggerak yang merancang dan melaksana program amal ini.

5.0 KESIMPULAN & TINDAKAN SUSULAN

Secara amnya Program Santunan Ramadhan mencapai objektif utama iaitu memberi makan kepada orang yang berpuasa, selain dari bersedeqah dengan wang ringgit & barangan makanan asas. Kumpulan sasar yang di bantu terdiri dari pekerja bergaji rendah yang memberi perkhidmatan yang penting. Kesucian dan kebersihan ialah satu tuntutan Ugama Islam. Sememang nya kumpulan sasar ini di beri perhatian dan khidmat mereka diberi penghargaan. Benar quantum yang di beri melalui YAA memanglah sedikit, tetapi dengan harapan inisiatif YAA ini akan berkembang. Semuga banyak lagi Badan Korporat/NGO/Individu kan memberi peduli keatas kebajikan pekerja bergaji rendah dalam sektor pembersihan.
In sya Allah YAA akan terus membuat program yang sama pada bulan Ramadhan akan datang. Sementara menunggu Ramadhan 1446H, YAA akan memberi bantuan berkala kepada pekerja terutamanya yang tinggal di bandar besar, yang mana kos sara hidup yang tinggi.

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment