ASAS di Teluk Intan, Perak

Siri #1 Infaq Ramadan 1443H
Alhamdullilah program Siri #1 Infaq Ramadan 1443H Yayasan Amal ASAS (YAA) dengan kerjasama ASAS Chapter Perak (ACP) menyantuni pekerja2 sektor pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) telah berjaya dilaksanakan, bertempat di Masjid An-Naim, Teluk Intan.
Penghargaan kepada para sukarelawan ACP antaranya Abg Halim 6366, Abdissalam 6770 (Ketua Pasukan Penganjur), Dato Rafiai 6770, Mad Isa Ramli 6770 dan Ahmad Husni 8084 (Wakil YAA) yang meluangkan masa turun padang.
Selain penyerahan sumbangan bakul makanan dan wang tunai, para pekerja sektor pembersihan turut diraikan dgn jamuan iftar.
Terima kasih kepada penyumbang dana yg budiman bagi penajaan majlis.
Semoga sumbangan anda semua di berkati Allah SWT. Amin YRA.

Alhamdulillah. Projek Infaq Ramadan YAA 1443H bakal dimulakan minggu ini dengan penganjuran Majlis Silaturahim Bersama Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Kebersihan Bandar Teluk Intan, Perak.

Tarikh : 09 April 2022 (Sabtu)
Masa : 6.00pm
Lokasi : Masjid An-Naim,Tmn Seri Setia,Teluk Intan.
Anjuran : YAA & ASAS Chapter Perak

InsyaAllah beberapa lagi majlis bakal dianjurkan sebgai tanda peduli kita terhadap insan-insan dlm bidang kerja 3D (Dirty, Dangerous & Difficult).

Bagi yg ingin turut serta memanfaatkan peluang bersedekah, Infaq Ramadan masih boleh disalurkan melalui:

https://www.asas.com.my/infaq-ramadan/

Semoga sumbangan hari ini menjadi asbab pahala berterusan untuk kita di dunia dan di akhirat.

Bagi pihak
Yayasan Amal ASAS (YAA)
04 Ramadan 1443H

 

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment