Assalamualaikum sahabat-sahabat ASAS yang dikasihi.
Alhamdullilah Program Santunan Warga Emas Al Fikhrah siri ke 2/2026 dilaksanakan hari ini 21/1/26. Pengisian program bermula dengan
– Bacaan Surah Yasin & tahlil di bimbing oleh Tuan Haji Ab Wahab Samsuri 6669 (khusus untuk seorang staff Rumah Penjagaan Al Fikhrah yang kembali ke Rahmatullah pada 16/1/26),
– Gotong royong pembersihan kawasan dalaman & luaran oleh anak2 pelajar yang baru menamatkan peperiksaan SPM (majoriti pelajar SAS & 5 pelajar lain dari SBP saperti TKC, Sains Seri Puteri, Sains Alam Shah & Kolej Permata Insan)
– Ramah mesra & jamuan makan tengah hari
– Solat fardhu zohor berjemaah bersama penghuni Al Fikhrah
Terimakaseh kepada Mohd Naini 8286 yang mengurus program. Turut hadir beberapa orang warga emas ASAS – Abang Abd Razak Habib 6467, Abang Abd Wahab Samsuri 6669, Abang Yusak 6669, Dato Masran 7073 & Burhan Shukri 8185
Semuga semua yang terlibat mendapat keberkatan Allah SWT
Satu lagi projek komuniti Yayasan Amal ASAS, terus komited menyantuni masyarakat. YAA Prihatin & Mesra.
Kepada yang ingin menyumbang, boleh terus ke URL ini – https://infaq.asas.com.my
Semoga sumbangan ini menjadi saham akhirat dan asbab kebaikan buat kita semua. Aamiin.
Prihatin & Mesra
Ikhlas Beramanah,
Yayasan Amal ASAS
