AGM2025 – Calon-calon Ahli Jawatankuasa Kerja 2025-2027

SENARAI CALON-CALON AHLI JAWATANKUASA KERJA 2025-2027

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ini adalah pemakluman tentang senarai calon-calon Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) 2025-2027 bagi tujuan pemilihan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ASAS yang ke-41 pada 28hb Jun 2025 (Sabtu) nanti.

Senarai tersebut boleh didapati di imej di bawah ini.

Sekiranya terdapat bantahan kepada mana-mana calon dari senarai ini, bantahan tersebut hendaklah dihantar hanya melalui email kepada saya selaku Setiausaha Kehormat di [email protected] pada atau sebelum 11.59pm, 23hb Jun 2025 (Isnin).

Kemaskini maklumat berkenaan borang proksi: bagi ahli ASAS yang mewakilkan/memberi proksi kepada ahli ASAS yang lain, sila pastikan:

i) anda lengkapkan borang proksi di pautan berikut – https://www.asas.com.my/agm2025/

– Seorang ahli hanya dibenarkan untuk menerima SATU (1) PROKSI sahaja.

– Borang proksi ini hendaklah dikemukakan kepada saya, juga melalui email di [email protected] pada atau sebelum 25hb Jun 2025 (Rabu).

ii) proksi anda membawa borang proksi (hardcopy) yang telah lengkap diisi semasa pendaftaran di MAT nanti.

Mohon sokongan wakil-wakil batch untuk hebahkan makluman ini kepada kesemua batch masing-masing.

Terima kasih

Shazwan Saleh
SUK ASAS 2023-2025
20 Jun 2025

Kongsikan ke Social Media Anda !

Lagi Info AGM2025

Leave a Comment