NOTIS PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42
Update Terkini AGM2026
- (Online) Borang Usul Mesyuarat Agung Tahunan ASAS Kali Ke 42 Tahun 2026
- MAT-42 Notis ke Mesyuarat Agung Tahunan Ke-42 (PDF)
- MAT-42 Borang USUL (PDF)
- MAT-42 Borang PROKSI (PDF)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) yang ke-42 akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 20 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Auditorium, Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya
Dengan segala hormatnya Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dijemput hadir. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:
- Ucapan Presiden
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ASAS ke-41 tahun 2025
- Membentang dan Meluluskan Laporan Tahunan ASAS 2025
- Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 yang telah diaudit
- Membincangkan usul bertulis, sekiranya ada
- Pemilihan Ahli Lembaga Pengamanah ASAS 2026-2028
- Ucapan Penangguhan
Laporan Tahunan ASAS Tahun 2025 dan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025 yang telah diaudit akan diedarkan dalam masa terdekat.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Abdul Rahim Bin Aminuddin
Setiausaha Kehormat Sesi 2025-2027
Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS)