Rumah Terbuka ASAS 2022

Dua tahun menghilang, sekarang menjelang. Apa dia tu?
𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗵𝗮𝗵 (𝗔𝗦𝗔𝗦).

Masa nak datang pastikan tangki kereta anda penuh, tapi kosongkan (tangki) perut anda. Kita sama-sama berjumpa dengan rakan taulan dalam Reunion Raya!

Semua warga ASAS serta keluarga, Guru & Mantan Guru SAS adalah dijemput hadir ke majlis kita yang akan diadakan pada:

Tarikh: 22 Mei 2022 (Ahad)
Masa: 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi: Dewan D’Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara, Kuala Lumpur

(Datang awal boleh book meja batch)


2 tahun kita tak dapat bersilaturrahim. Puas dah cuti lama, balik kampung jumpa keluarga sanak saudara?

Kali ni tak perlu ambil cuti. Memang dah hari cuti. Mari kita pakat jumpa sama-sama abang adik satu sekolah. Jom kita hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri ASAS pada 22 Mei 2022 (Ahad). Jangan terkejut kerana kita umumkan tarikh majlis awal-awal.

Ada karaoke, persembahan band bekas guru SAS dan artis jemputan. Warga Sekolah Alam Shah pon ada hadir.

Tak kira anda pangkat Pak Long atau Ucu, tua dan muda sama-sama kita meriahkan.

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment