Pertandingan Bahas Piala Zameen Zahari

Alhamdulillah, majlis penyerahan Kejohanan Debat antara kediaman, Piala Zameen Zahari telah disempurnakan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Jamil Rais. Kita jumpa lagi untuk sesi tahun 2024
Terima kasih.

Pihak ASAS ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada saudara Zameen Zahari ASAS 8993 atas penajaan Debat Antara Rumah Piala Zameen Zahari. Juga, kepada Dr. Abdullah Sallehhuddin ASAS 9397 yang juga Jurulatih Pasukan Debat SAS kerana menganjurkan kejohanan ini

————————————————————————–

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sahabat ASAS yang dihormati,

Alhamdulillah, selesai sudah edisi sulung Debat antara Kediaman Piala Zameen Zahari

Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan ini
Juara: Jamil Rais 2
Naib Juara: Zaaba 1

Pembahas Terbaik Keseluruhan Liga: Muhammad Raif Zhuffan Rosli – Zaaba 2
Pembahas Terbaik Perlawanan Akhir: Adib Imran Hayazi – Jamil Rais 2

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Majlis penyerahan piala pusingan Piala Zameen Zahari akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada saudara Zameen Zahari sebagai penaja kepada kejohanan ini, pihak Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya yang memberi sokongan penuh, Jawatankuasa tertinggi ASAS, ahli ASAS yang dipimpin Dr. Abdullah Sallehhuddin dengan sokongan teknikal yang diberikan serta peserta-peserta yang memberikan komitmen yang jitu.

Semoga bertemu lagi di kejohanan Piala Zameen Zahari 2024

-Biro Perhubungan Sekolah-

———————————————————————————–

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment