Masjid Kg Jawa – Banjir 2021

Syukur Alhamdullilah dengan izin Allah SWT- Masjid Kg. Jawa telah berjaya di bersihkan pada petang tadi Selasa 21/12/21 iaitu hari ke 3 selepas bencana banjir. Ruang solat utama telah mula di gunakan waktu solat asar & secara berjemaah untuk solat maghrib (termasuk 3 wakil YAA) – walau pun bergelap (bekalan letrik belum di sambung lagi)

Hari ini 15 petugas YAA turut turun padang ‘bermain lumpur & air’ membersihkan ruang dalam & luar masjid. Urusan di permudahkan lagi dengan ada nya Petugas Jabatan Bomba yang membawa aset water tanker & water jets. Alhamdullilah

Selepas zohor ada pula 10 orang tenaga dari TLDM buat kerja2 finishing

Dengan izin Allah maka misi YAA telah mencapai objektifnya🙏

Terimakaseh kepada petugas YAA dari pelbagai batches yang memberi khidmat tenaga. YAA juga menjalin hubungan mesra dengan AJK Masjid. You are all awesome – we live up to our tagline Prihatin & Mesra

Ruang solat utama Masjid Kg. Jawa

Dengan Timb Bendahari, Imam 1 & Joeburger selfie – kain rentang YAA maseh terpapar di depan masjid

 

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment