Infaq Jumaat 2021-11-05

Minggu #14
Tarikh : Jumaat, 5 November 2021
Jumlah Sumbangan : RM4,545
Penerima :

ASAS 7478 – Sahabat ini terkena serangan angin ahmar 6 tahun lepas sehingga menyebabkan beliau lumpuh seluruh badan. Kini bergantung sepenuhnya pada ehsan isteri dan anaknya. Beliau memerlukan kerusi roda baharu dan ringan untuk kemudahan pergerakan.

ASAS 9296 – Beliau sebelum ini mengusahakan kantin sekolah. Kehilangan pendapatan dan tersangkut modal bila sekolah ditutup. Usaha mencari rezeki terbatas baru-baru ini kerana 16 ahli keluarga (termasuk beliau sendiri) dijangkiti Covid, sehingga mengorbankan ayahanda beliau.

Kutipan juga akan disalurkan kepada tabung khairat kematian Biro Kebajikan dan Agama ASAS. Bersama kita menyumbang untuk meringankan beban. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

Terima kasih
YAYASAN AMAL ASAS (YAA)

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment