Infaq Jumaat 2021-10-22

Minggu #12
Tarikh : Jumaat, 22 Oktober 2021
Jumlah Sumbangan : RM4,240
Penerima :

1. Muslim Care Malaysia Society: Sumbangan untuk Gaza

Kutipan juga akan disalurkan kepada tabung khairat kematian Biro Kebajikan dan Agama ASAS. Bersama kita menyumbang untuk meringankan beban. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

Terima kasih
YAYASAN AMAL ASAS (YAA)


Pada minggu ini, YAA berkerjasama dengan Muslim Care Malaysia Society untuk menghulurkan bantuan. Infaq Jumaat kali ini akan dimanfaatkan untuk menambah kelas-kelas pembelajaran dan tahfiz di Gaza, Palestin. Muslim Care Malaysia Society diketuai oleh Tuan Haji Zulkifli Wahijan ASAS8185, sangat aktif dalam usaha membantu aktiviti kemanusiaan dan ekonomi di Gaza Palestin. Kos pembinaan dan penyiapan kelas-kelas ini dianggarkan sekitar USD8,000.00 – USD10,000.00, manakala tajaan untuk membiayai operasi satu kumpulan Tahfiz adalah sekitar USD100.00 – USD200.00 sebulan. Di dalam Kompleks ini, ada kira-kira 100 kumpulan Tahfiz (20 kumpulan daripada masjid yang menjadi sebahagian dari Kompleks) dan 80 kumpulan lagi daripada 4 masjid berhampiran yang juga menjadi sebahagian dari Kompleks Islam Al-Mujamaa’ termasuk Masjid Al-Mujammaa’, Masjid Al-Mustafa, Masjid Al-Muhaimin and Masjid Abu Humaid. Jumlah besar diperlukan ialah USD1,000.00 – USD2,000.00 setiap bulan.

 

 

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment