Infaq Jumaat 01-12-2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sahabat Yayasan Amal ASAS (YAA) yang budiman.

INFAQ JUMAAT • 01/12/2023

Infaq minggu ini bakal membawa manfaat kepada 140 pelajar asnaf dan B40, di tiga lokasi berkepadatan penduduk tinggi, dengan tenaga 24 mahasiswa sukarelawan dari Universiti Malaya.

Program yang dimaksudkan ialah;

1. Aktiviti pengajaran luar kelas Bahasa Inggeris melalui Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk 40 pelajar darjah 4 & 5 terpilih di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah (1), Petaling Jaya. Dan,

2. Kelas tutorial SPM (YAA x SMART TUTOR) untuk 70 pelajar di dua lokasi; Masjid Dato’ Kamaruddin Seksyen 51A, Petaling Jaya & PPR Pantai Permai, Pantai Dalam.

Mari bersama-sama dalam usaha memberikan bantuan pendidikan pada anak-anak dari golongan rentan bandar ini.
Infaq boleh disalurkan melalui;

A. Secara terus di Laman Web ASAS, atau
https://www.asas.com.my/infaq-jumaat/

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan dunia akhirat serta dimurahkan rezeki. InshaAllah, Amin.

Skim takaful berkelompok MyYAAHati telah dilancarkan.
Lindungi diri, keuarga, rakan taulan atau sesiapa yg difikirkan memerlukan sehingga berusia 80tahun.
Untuk info lanjut boleh layari link di bawah;
https://www.asas.com.my/myyaahati/

BerInfaq Beramal sambil dilindungi dengan YAAkin.

Prihatin & Mesra
Ikhlas Beramanah,
Yayasan Amal ASAS

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment