ASAS BizzRonda – Takoyaki Ampang – 18-12-2021

Program ASAS BizzRonda – 18/12/2021
ASAS BizzRonda berkunjung ke Takoyaki Ampang di Kampung Pandan Dalam. ASAS BizzRonda diwakili Eddie Ahmad 8084 (Biro Keusahawanan) serta Sdr Asrul Sani 9600 (Biro Kebajikan) & Sdr Daniel Sharom 9600 beramah mesra bersama pemilik serta menyerahkan sticker ASAS Niaga.
Takoyaki Ampang, milik Sdr Firdaus 0509 adalah perniagaan gerai berkonsepkan “street stall’ atau gerai pandu lalu yang terletak di Jalan Pandan Kemajuan A, Kg Pandan Dalam. Takoyaki disediakan dalam acuan berbentuk bulat kecil dengan bahan spt kobis cincang, pilihan sotong, udang & ayam dan dihiasi dengan fish flakes, kicap cair & mayonis.
Ada beberapa keunikan di program ASAS BizzRonda kali ini. Julung2 kalinya ini adalah kolaborasi 3 program dalam satu, iaitu program YAA Infaq Jumaat, ASAS Ziarah Kasih & ASAS BizzRonda dirancangkan pada hari yang sama dan juga kali pertama BizzRonda di lakukan dalam keadaan hujan lebat.
Sdr Firdaus sedikit terlewat sampai disebabkan terpaksa hantar tempahan sendiri kerana tiada rider yang boleh hantar disebabkan hujan lebat. Yang menjadi lebih uniknya, pada hari berikutnya, 19/12/21, adalah hari terakhir beliau berniaga. Sdr Firdaus akan berhijrah ke London bersama isteri untuk memulakan perniagaan berasaskan makanan di perantauan. Keputusan dibuat setelah sekian lama merancang.
Kami amat tertarik dengan kecekalan Sdr Firdaus untuk meneruskan satu perjalanan kehidupan yang amat mencabar berbekalkan kekuatan jati diri & minat. Walaupun tiada lagi berniaga di sini, kami tetap serahkan sticker ASAS Niaga sebagai simbolik untuk penghijrahan beliau.
Kami doakan semoga terus berjaya di perantauan. Jangan lupa lekat sticker ASAS Niaga bila dah berniaga di sana : ) Selamat Maju Jaya. Chita Usaha Jaya.
Lokasi:
10 Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan:
12noon – 7pm (kecuali hari Isnin)
(ASAS BizzRonda, satu inisiatif Biro Keusahawanan untuk mempromosi perniagaan milik ASAS kepada keseluruhan warga ASAS)
Daftar Direktori ASAS Niaga (percuma sehingga 31/12/21)

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment