Agihan Barangan Persiapan Aidilfitri

Assalamualaikum semua,
Alhamdullilah, Yayasan Amal ASAS telah melaksanakan tanggungjawab membuat agihan barangan persiapan Aidilfitri.

Berikut ialah faktanya
1. Bilangan penerima: 1085 keluarga, di 10 lokasi sekitar KL & PJ
– Section 6, Kota Damansara
– Flat Desaria Fasa 5A, Bandar Sunway
– Blok A, B & C PPR Lembah Subang
– Blok G & H PPR Lembah Subang
– Flat Impian Baiduri PJ
– PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak,
– PPR Kg. Muhibbah
– Flat PKNS Section 17, PJ
– PPR Pantai Ria, Pantai Dalam
– PPR Pinggiran Bukit Jalil
2. Senarai barangan yg diberi kpd setiap keluarga
– 2 ekor ayam
– barangan kering spt ketupat segera, rempah rendang, serbuk kunyit, kerisek, sup bunjut, kuah kacang & rose syrup.
3. Hampir 40 petugas sukarelawan warga ASAS terlibat dalam operasi agihan, bersama dengan wakil penduduk setempat. Ada beberapa tempat kami buat serahan kepada Wakil Penduduk untuk buat agihan kepada penerima untuk mengelakkan pengumpulan penerima.
Saya bagi pihak YAA ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada petugas dari pelbagai generasi warga ASAS yang terlibat dalam operasi agihan.
4. Akhir kata saya bersyukur mempunyai warga alumni yang dermawan memberi infaq untuk kami salurkan infaq anda semua kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan. Semuga Allah SWT memberi berkat kepada anda semua.
Sekian & ikhlas dari
GB – Pengerusi EXCO YAA
11 Mei 2021

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment