Acara gotong royong Projek SUKA

Syukur.

Selesai dua acara YAA di PPR Lembah Subang, Ara Damansara pada 14 November 2021.

Aktiviti mingguan membersihkan tebing longkang monsun ke Sungai Kayu Ara dan sekitar tempat letak kereta Blok G. Tenaga kerja seramai 18 orang (8 sukarelawan ASAS) hadir untuk mengutip sampah dan menebas semak samun. Sebanyak 13 beg plastik sampah dan dianggarkan hampir 100 kg berjaya dikutip. Separuh daripadanya akan diserahkan kepada NGO Fuze Ecoteer untuk dikitar semula.

Acara agihan bantuan untuk keluarga istimewa melibatkan 20 penerima yang terlantar dann menghidap penyakit kronik. Antara bahan yang disumbangkan ialah makanan asas, ikan, sayur, lampin dan susu formula. Sumbangan ditaja oleh EKUINAS.

Terima kasih kepada penaja bantuan EKUINAS, para sukarelawan, penduduk PPR Lembah Subang, penginfaq dan yang mendoakan. Semoga usaha kecil kita bakal membawa rahmat dan kebaikan yang berterusan. Amin.

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment