Assalamualaikum sahabat-sahabat ASAS yang dikasihi.
Ada 1 program Yayasan Amal ASAS YAA hari ini 11/02/26:
Hari ini 11/2/26 YAA anjur Santunan Warga Emas @ Rumah Al Fikhrah – siri ke 5 (tahun 2026). Sukarelawan terdiri dari pelajar2 yang baru meninggalkan bangku persekolahan selepas peperiksaan SPM bukan sahaja mantan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah tetapi dari sekolah
– Kolej Permata Insan
– Kolej Yayasan Saad
– Seri Puteri
– Sains Seri Puteri
– Kolej Melayu Kuala Kangsar
– MRSM Taiping
– MRSM Ghafar Baba
– SMK Jalan 4 Bangi
– SMK Bukit Jelutong
Alhamdullilah – Bank Muamalat setuju menjadi Rakan Strategik YAA dalam Program Santunan Warga Emas @ Al Fikhrah – dengan membiayai kos program + sumbangan kotak rezeki mengandungi bahan2 makanan kering.
Kepada yang ingin menyumbang, boleh terus ke URL ini – https://infaq.asas.com.my
Semoga sumbangan ini menjadi saham akhirat dan asbab kebaikan buat kita semua. Aamiin.
Prihatin & Mesra
Ikhlas Beramanah,
Yayasan Amal ASAS


