Program YAA – 24.01.2026

Assalamualaikum sahabat-sahabat ASAS yang dikasihi.

Ada 2 program Yayasan Amal ASAS YAA hari ini 24/1/26:

1. Santunan Masyarakat Asnaf di Flat Impian Baiduri, Petaling Jaya – 80 keluarga asnaf mendapat sumbangan ‘bakul rezeki’. Program di kendalikan oleh Batch 9600 aka J.E.R.K.S (PIC Asrul Sani) yang menguruskan pembelian, ‘transport, packing’ & agihan barangan makanan kering. Terimakaseh kepada yang terlibat & penginfaq❤️🙏

2. Pelaksanaan kelas PEARL (Bahasa Inggeris) untuk anak2 sekolah rendah di 3 lokasi – di kendalikan oleh Pensyarah & mahasiswa Fakulti Pendidikan UM dengan tajaan YAA

Satu lagi projek komuniti Yayasan Amal ASAS, terus komited menyantuni masyarakat. YAA Prihatin & Mesra.

Kepada yang ingin menyumbang, boleh terus ke URL ini – https://infaq.asas.com.my

Semoga sumbangan ini menjadi saham akhirat dan asbab kebaikan buat kita semua. Aamiin.

Prihatin & Mesra
Ikhlas Beramanah,
Yayasan Amal ASAS

Leave a Comment